Wednesday 25 January 2012

1) Definisi dan Konsep Pangkalan Data.


Definisi
Pangkalan data ialah sekumpulan data atau maklumat mengenai sesuatu tajuk atau tujuan tertentu yang mempunyai hubungan logikal di antara satu sama lain. Ia disimpan sebagai satu sistem simpanan data yang tersusun dalam bentuk elektronik bagi memudahkan proses capaian oleh satu atau lebih aturcara penggunaan. Contohnya seperti sistem rekod pelajar - menyimpan maklumat peribadi seperti nama, no.kad pengenalan, dll.
Konsep
Ia menyimpan data-data di dalam suatu tempat dan membolehkan data-data tersebut diuruskan dalam bentuk logikal untuk kemudahan mencapai data.

Pengenalan.



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada Puan Laili, pensyarah kelas STM2B, KKMT kerana sudi melancarkan laman blog ini.
      Tujuan blog ini dicipta adalah untuk berkongsi maklumat dan nota-nota pembelajaran di dalam kelas agar dapat memudahkan dan membantu para pelajar kolej mahupun sesiapa sahaja untuk mengetahui dan mengenal lebih lanjut tentang 'Pengurusan Pangkalan Data' ini. Selain itu, matlamat blog ini juga adalah memudahkan pelajar untuk menyalin semula nota-nota yang telah diberi oleh pensyarah sekiranya mereka tertinggal atau tidak sempat menyalin nota tersebut semasa di dalam kelas.
     Nak cakap lebih pun tak guna juga. Jadi, sampai disini saja pengenalan daripada saya. Harapan saya adalah semoga laman blog ini dapat membantu rakan-rakan pelajar saya untuk mendapatkan maklumat yang tertinggal.

Sekian, Terima kasih. :)